Kebanyakan besar iaitu Prusia, Rusia, Austria-Hungary. Namun,

Kebanyakan insiden yang berlaku
semasa akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah berpusat di Eropah. Kejadian-kejadian
ini adalah rentetan daripada pakatan berdua dan pakatan bertiga yang membawa
kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914 hingga 1918. Berikut
merupakan garis masa mengikut tahun peristiwa penting yang berlaku di Eropah

Perikatan-perikatan
ini dibentuk dengan alasan sekiranya ada negara anggota diserang, negara lain
akan menawarkan bantuan. Pada peringkat awal, perikatan ini disertain oleh tiga
kuasa besar iaitu Prusia, Rusia, Austria-Hungary. Namun, pada tahun 1878, Rusia
menarik diri daripada perikatan ini.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

 

Pada
tahun 1879, Perikatan Berdua (Dual Alliance) 
ditandatangani antara Empayar Jerman dan Austria-Hungary. Perikatan ini
juga dikenali sebagai Perikatan Austro-Jermany. Perikatan ini menyebabkan
kedua-dua kuasa menjanjikan sokongan dalam kes serangan yang dilakukan oleh
Rusia dan berjanji untuk kekal berkecuali sekiranya kes kes pencerobohan
melibatkan kuasa lain. Otto Von Bismarck yang berasal dari Jerman melihat
perikatan ini sebagai salah satu inisiatif untuk memelihara keamanan kerana
Rusia tidak akan berani untuk berperang dan melawan kedua-dua kuasa besar
tersebut.

Pada
tahun 1882, Itali menyertai Jerman dan Austria-Hungary dan telah menyebabkan
Perikatan Bertiga (Triple Alliance) terbentuk. Perikatan ini kekal sebagai
elemen penting dalam dasar luar Jerman dan Austria-Hungary sehingga tahun 1918.

Otto
Von Bismarck

         

Pada
tahun 1871, terdapat dua buah kuasa utama Eropah iaitu Empayar Jerman dan
kerajaan Itali. Empayar Jerman yang baru dikuasai oleh Otto Von Bismarck telah
mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuasa besar Perancis. Hal ini kerana
semangat yang membara oleh Perancis untuk menakluk kembali wilayah Alsace dan
Lorraine yang hilang semasa perang Perancis-Prusia (1870-1871).

          Pada asalnya, Jerman telah bersekutu
dengan Rusia dan Austria-Hungary dalam Liga Tiga Kaisar (Three Emperors’
League). Namun, hubungan Rusia dan Austria-Hungary tidak begitu baik kerana
penglibatan Rusia dalam Pergerakan Pan-Slavic telah mengancam kedudukan Rusia.
Setelah Perjanjian San Steffano (1878) diikuti Perang Russo-Turki yang
disebabkan oleh Gerakan Pan-Slavic yang telah menyebabkan pembentukan wilayah
Bulgaria yang besar yang telah menyinggung kuasa besar pada masa itu iaitu
Great Britain dan Austria-Hungary. Rentetan daripada kejadian ini, Persidangan
Eropah 1878 telah dipanggil untuk menyemak semula perjanjian. Menyebabkan Rusia
dan Austria-Hungray menjadi musuh.   

Oleh
itu, Perikatan Bertiga (Triple Alliance) dibentuk yang merupakan pakatan sulit
antara Jerman, Austria-Hungary dan Itali yang dibentuk Mei 1882 dan
dipersetujui untuk diperbaharui secara berkala sehinggalah Perang Dunia
Pertama. Jerman dan Austria-Hungary mempunyai hubungan yang rapat sejak

 

1879 iaitu sejak
pembentukan Perikatan Berdua (Dual Alliance). Itali memerlukan sokongan
daripada Jerman dan Austria-Hungary apabila kehilangan Afrika Utara yang
ditakluk oleh Perancis. Melalui perikatan ini, Jerman dan Austria-Hungary
berjanji sekiranya Itali diserang oleh Perancis, Itali akan dibantu oleh Jerman
dan Austria-Hungary dan jika Perancis menyerang Jerman, Itali akan memberikan
bantuan. Namun, sekiranya Rusia menyerang Austria-Hungary, Itali berjanji untuk
kekal neutral.

          Apabila perjanjian itu diperbaharui
pada 1887, Itali telah dikhianati oleh janji-janji kosong yang ditaburkan oleh
Jerman untuk membantu Itali mendapatkan semula Afrika Utara yang ditakluk oleh
Perancis.  Austria-Hungary ditekan oleh
Otto Von Bismarck untuk menerima rundingan dan persetujuan bersama dengan Itali
mengenai segala perubahahan kawasan wilayah yang dimulakan di Balkan. Namun,
konflik wilayah ini tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian.

          Justeru, pada 1 November 1902, setelah
lima bulan perjanjian tersebut diperbaharui, Itali mencapai persefahaman dengan
Perancis bahawa masing masing akan bersifat neutral sekiranya menghadapi
serangan. Walaupun perikatan itu diperbaharui lagi pada tahun 1907 dan 1912,
Itali memasuki Perang Dunia I pada Mei 1915 sebagai pembangkang kepada Jerman
dan Austria-Hungary.

 

Reinsurance
Treaty pada 1887 adalah perjanjian rahsia yang telah dirancang oleh Jerman dan
Rusia yang diatur sendiri oleh Otto Von Bismarck. Perjanjian ini menyaksikan
pakatan antara Jerman dan Rusia yang akan kekal 
neutral jika negara lain terlibat dalam peperangan tetapi ini tidak akan
berlaku sekiranya Jerman menyerang Perancis atau Rusia menyerang Austria. Namun,
apabila Kaiser Willhelm II menaiki takhta, beliau telah memecat Otto Von
Bismarck kerana dia dikatakan tidak begitu agresif dalam melaksanakan
kepemimpinan di Jerman.

Jerman
mengikat persahabatan dengan Rusia dengan menyetujui pengaruh Rusia di
Bulgaria. Selain itu, Jerman juga menyokong tindakan Rusia untuk menjaga Laut
Hitam sebagai jajahan takluknya. Apabila perjanjian itu tidak diperbaharui pada
tahun 1890, satu Perikatan Franco-Rusia mula terbentuk.

Pada
akhir abad ke-19, kebanyakan negara mencari perikatan dengan negara lain untuk
menjamin keselamatan negara, memelihara keamanan dan membantu menstabilkan kedudukan
ekonomi. Perikatan Franco-Rusia merupakan persekutuan ketenteraan antara
Empayar Rusia yang wujud dari 1892 hingga 1917 Republik Ketiga Perancis.
Hubungan Perancis dengan Rusia adalah disebabkan ekonomi, ketenteraan dan
kewangan sehingga 1917. Perjanjian ini seterusnya diperbaharui pada tahun 1899
dan 1912.

 

Kedua-dua
negara mahu perkara yang berbeza dari persekutuan ini tetapi mereka mempunyai
sebab dan tujuan yang sama iaitu untuk menentang Jerman. Perancis mahu membalas
dendam keatas Jerman untuk Franco-Perang Prusia 1970 – 1971 kerana mereka
dikalahkan. Manakala, Rusia mahukan sekutu supaya dapat merasa selamat dari
ancaman Jerman.

          Perancis memerlukan sekutu kerana
berasa diancam oleh Otto Von Bismarck. Bismarck telah berjaya mengasingkan
Perancis daripada diplomasi. Perancis gagal untuk mendapatkan sokongan Great
Britain. Oleh itu, Rusia merupakan satu satunya pilihan Perancis untuk
mendapatkan sekutu kerana Rusia amat membenci dan menentang Jerman. Bagi
mencapai hasrat ini, Perancis telah memberi dana kepada Rusia  untuk membangunkan pasukan ketenteraan.
Selain itu, bantuan ketentaraan seperti penyediaan tentera dan senjata turut
dibekalkan oleh Perancis.

Seterusya
ialah Perjanjian Bertiga (Triple Entente). Perjanjian bertiga melibatkan
persekutuan antara Great Britain, Perancis, dan Rusia. Mereka merupakan Kuasa
Sekutu dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini dibentuk dari persekutuan
Franco-Rusia yang secara perlahan dibangunkan dan telah dirasmikan pada tahun
1894, Entente Cordiale Anglo-Perancis pada tahun 1904, dan perjanjian
Anglo-Rusia pada tahun 1907, yang membawa kepada kewujudan Triple Entente.

 

Kuasa besar di Eropah di bahagikan
kepada :-

Peta Eropah

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesimpulan daripada segala perjanjian
dan perikatan yang wujud adalah seperti berikut :-

 

 

 

 

 

Terdapat
beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Pertama. Antaranya
ialah imperialisme. Berlakunya perlumbaan mendapatkan wilayah jajahan antara
negara-negara di Eropah. Imperialisme terjadi ketika sebuah negara menguasai
wilayah lain untuk mengambil kekayaan dari wilayah yang dikuasainya. Kekuasaan
sesebuah negara dapat dilihat dari berapa besar kawasan jajahannya. Oleh itu,
kesan daripada pelumbaan mendapatkan tanah jajahan menyebabkan berlakunya
Perang Dunia Pertama.

Selain
itu, dikatakan pembunuhan putra mahkota kerajaan Austria-Hungary menyebabkan
berlakunya Perang Dunia Pertama. Archduke Franz Ferdinand dan Isterinya telah
datang ke Sarajevo untuk memeriksa keadaan persiapan ketenteraan disana. Archduke
Franz Ferdinand telah dibunuh oleh nasionalis Serbian pada 28 June 1914 di
Bosnia. Pembunuhan ini disertai oleh beberapa sebab iaitu penggabungan Bosnia
dan Herzegovina. Pihak Serbia mendakwa bahawa itu adalah wilayahnya dan
menentang penggabungan tersebut. Pembunuhan Ferdinand ini memberikan peluang
untuk mengambil tindakan terhadap Serbia. Akibat daripada keteganggan ini maka,
Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914.

         

 

 

Ketika
Perang Dunia Pertama, Eropah terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu

Walaupun
kebanyakan peristiwa tertumpu di Eropah, terdapat juga negara-negara luar yang
terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Contohnya seperti penglibatan Amerika
Syarikat dan Jepun.

Presiden
Amerika Syarikat iaitu Woodrow Wilson mengistiharkan satu dasar iaitu Dasar
Berkecuali dimana beliau enggan melibatkan Amerika dalam mana-mana
pertelingkahan yang berlaku di Eropah. Untuk menguatkan lagi dasar yang
dilaksanakan oleh beliau ini, pada 4 Ogos 1914, Wilson telah mengumumkan bahawa
tidak ada seorangpun warganegara Amerika yang boleh mengambil bahagian dalam
peperangan secara langsung atau tidak langsung. Kenyataan beliau ini mendapat
sokongan majoriti daripada rakyat Amerika

 

Namun,
terdapat beberapa factor yang menyebabkan Amerika Syarikat dan Jepun mengambil
keputusan untuk menyertai Perang Dunia Pertama. Amerika Syarikat melibatkan
diri dalam Perang Dunia Pertama disebabkan oleh beberapa peristiwa yang
menjejaskan kepentingan Amerika dari segi ekonomi, sosial dan politik ke atas
negara-negara di Eropah. Atas situasi tersebut dan desakan daripada rakyat,
maka pada 6 April 1917, Amerika telah menyertai Perang Dunia Pertama dengan
menyebelahi pihak Berikat. Ini memperlihatkan keruntuhan Dasar Berkecuali yang
dilaung-laungkan oleh Amerika selama ini dibawah pemerintahan Presiden Woodrow
Wilson.

Antara
Isu yang mencabar dasar berkecuali Amerika pada masa tersebut ialah isu Belgium,
sekatan dagang Britain, isu kapal selam dan Zimmermann Telegram yang telah
disekat. Isu ini bermula apabila tentera Jerman melakukan pencerobohan dan
serangan yang kejam terhadap negara Belgium. Tindakan Jerman menceroboh Belgium
ini sememangnya tidak wajar kerana sengketa yang dialami oleh Jerman tiada
kena-mengena dengan Belgium kerana negara ini adalah sebuah negara berkecuali.
Tindakan Jerman ini dianggap oleh rakyat Amerika sebagai sesuatu tindakan yang
menyalahi undang-undang antarabangsa dan juga hak asasi manusia.

 

Disamping
itu, rakyat Amerika juga sedar bahawa negara Belgium amat memerlukan
pertolongan daripada kuasa-kuas besar seperti Britain dan juga Amerika. Namun,
simpati rakyat Amerika terhadap negara Belgium ini hanyalah sekadar simpati dan
tidak disusuli dengan tindakan untuk membantu Belgium kerana Presiden Woodrow
Wilson tetap dengan pendirian beliau untuk meneruskan dasar berkecuali terhadap
isu dan peristiwa yang berlaku di Eropah.

Dasar
berkecuali yang diamalkan oleh Wilson ini diperkuatkan lagi dengan keuntungan
yang diperolehi oleh Amerika dalam peperangan ini. Contohnya, eksport senjata
Amerika terhadap negara Eropah telah mengalami peningkatan dimana pada bulan
Januari 1916, eksport Amerika hanya bernilai $500 juta Dolar telah bertambah
kepada $1680 juta Dolar pada bulan Mac 1917. Peluang ekonomi yang diperolehi
oleh Amerika ini tidak dilepaskan dengan begitu sahaja malah menguatkan lagi
dasar berkecuali oleh Wilson.

          Seterusnya ialah isu Sekatan Dagang yang dilaksankan oleh
Britain merupakan satu usaha untuk menyekat segala barang daganggan khususnya
alat makanan dan senjata daripada diterima oleh musuh Britain. Dalam isu
sekatan ini, pihak Britain mengadakan sekatan kepada kapal laut yang melalui
kawasan perairan kepulauan British. Kapal-kapal ini tidak di benarkan
meneruskan perjalanan mereka ke negara Eropah yang lain seperti Jerman, Austria
dan Hungary.

 

Tindakan Britain
disifatkan oleh rakyat Amerika sebagai melanggar hak asasi Amerika sebagai
sebuah negara berkecuali kerana rakyat Amerika berpendapat bahawa mereka tidak
patut dihalang daripada mengadakan hubugan perdaganggan dengan mana-mana negara
kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana kuasa di Eropah. Disamping itu
juga ia telah melanggar undang-undang antarabangsa. Ekoran daripada tindakan
pihak Britain ini, Amerika memberi reaksi dengan menghantar Setiausaha Negara
iaitu William Jenning Bryan pada 6 Ogos 1914 untuk meminta supaya Britain
mematuhi Deklerasi London yang telah dipersetujui pada tahun 1909.

Namun, usaha yang
dilakukan oleh William Jenning Bryan ini gagal apabila British enggan mematuhi
Deklerasi tersebut. Malah, pihak Britain mempertingkatkan lagi kawalan dan
sekatan di perairannya pada Februari 1915. Akibat daripada sekatan dagang yang
dilaksanakan oleh Britain ini menyebabkan pengeksportan barangan ke negara
Eropah yang lain tergendala dan mengalami kemorosotan.

Pada 16 Januari
1917, Menteri Luar Jerman iaitu Arthur Zimmermann telah menghantar telegram
kepada duta Jerman di Mexico. Dalam mesej yang telah dihantar oleh Zimmermann
tersebut menyatakan tentang ajakan pihak Jerman kepada Mexico untuk bekerjasama
dengannya. Zimmermann memberi arahan kepada duta Jerman di Mexico supaya
mengatur rancangan untuk

 

kerjasama dengan Mexico
untuk menentang Amerika. Dalam rancangan ini, Jerman akan berjanji akan
memberikan Texas, Arizona dan New Mexico (bekas milik Mexico) kepada pihak
Mexico sekiranya berjaya mengalahkan Amerika.

Selain itu, nota
yang dikirimkan oleh Zimmermann juga telah mengajak Jepun untuk menyertai
mereka. Pada 1 Mac 1917, surat khabar Amerika telah menyiarkan berita tentang
mesej yang dihantar oleh Zimmermann tersebut. Akibat daripada peristiwa ini, ia
telah mendorong Amerika untuk campurtangan dalam perang Dunia Pertama kerana Amerika
merasakan bahawa rancangan Jerman ini boleh mengancam kedudukan Amerika sebagai
salah sebuah kuasa besar di dunia dan kebimbangan terhadap keselamatan dan
keamanan di negara Amerika terancam.

Jepun juga
terlibat dalam Perang Dunia Pertama atas beberapa kepentingan. Antaranya adalah
untuk memperluas dan memperkukuhkan kuasa ke atas wilayah-wilayah di China dan
Korea, ingin mengaut keuntungan ekonomi serta memperbaiki dan memantapkan
ekonomi Jepun, serta ingin menyamakan taraf mereka dengan kuasa Barat. Jepun
berusaha mencapai matlamat-matlamat tersebut secara jelasnya melalui Tuntutan
21 ke atas China dan Perjanjian Versailles

 

 

Jepun telah
membuat keputusan untuk menyertai Pihak Bersekutu yang terdiri daripada Amerika
Syarikat, Great Britain, Itali, Perancis melawan pihak Jerman dan Austria.
Perang Dunia Pertama telah bermula pada tahun 1915 dan tamat pada 1918. Kato
yang merupakan Menteri Luar Negeri Jepun telah berjaya meyakinkan kabinet Jepun
untuk menyertai Perang Dunia Pertama kerana ianya dapat memberikan manfaat
kepada Jepun apabila menyokong pihak British yang akan muncul sebagai juara dan
sekiranya Pihak Bersekutu kalah ianya tidak akan menjejaskan Jepun. Jepun
mengambil peluang ini untuk mengukuhkan kedudukannya di Asia Timur antaranya
dari aspek ekonomi.

Keadaan ekonomi
Jepun selepas Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904 sehingga 1905 memberikan kesan
buruk terhadap ekonomi Jepun. Ekonomi Jepun merosot dan rakyat terpaksa
menanggung beban cukai demi keselamatan negara. Oleh itu, Jepun telah menceburi
bidang perusahaan berat terutamanya membina kilang-kilang membuat alat-alat
senjata. Jepun sedar bahawa untuk menjadi sebuah kuasa imperialis, Jepun
hendaklah mengeluarkan sendiri kelengkapan perang tanpa mengharapkan bantuan
asing.

Selain itu juga,
Jepun menggunakan kesempatan yang ada untuk meningkatkan hasil penjualan kain
di Asia Tenggara yang sebelum ini pengeluaran dan pembekal kain dimonopoli oleh
Britain, Jerman dan Perancis. Eksport kain kapas Jepun antara tahun 1913
sehingga 1918 bertambah 185% iaitu

 

daripada 412 juta ela
kepada 1,174 juta ela. Muatan perdagangan juga bertambah daripada 1,577 juta
ton kepada 2,840 juta ton pada tahun 1914 sehinga 1919. Pada waktu Perang Dunia
Pertama  ini berlangsung, Jepun dikatakan
dalam zaman kemewahan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Perang Dunia
Pertama  ini memberi manfaat yang baik
terhadap perkembangan ekonomi Jepun.

          Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama telah meninggalkan
impak besar dalam sejarah dunia. Peristiwa ini bukan saja menjejaskan politik
negara yang terlibat tetapi turut menyebabkan berlakunyamasalah ekonom, jumlah
kematian yang tinggi, kemusnahan harta benda yang banyak. Walaupun kebanyakan
peristiwa berlaku di Eropah, masih terdapat kuasa lain yang menyertai Perang
Dunia Pertama atas kepentingan negara masing-masing.

x

Hi!
I'm Joan!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out